PanPay Buka Peluang Usahawan Tempatan Sarawak Pasar Produk Secara Digital Ke Semenanjung

UKAS  > Edisi-Utara >  PanPay Buka Peluang Usahawan Tempatan Sarawak Pasar Produk Secara Digital Ke Semenanjung
0 Comments

ISNIN, 14 MAC 2022

MIRI: Satu usahasama dalam membina rangkaian perniagaan Usahawan Waqaf serta 020 Smartstore dan E-Commerce Marketplace telah diwujudkan di Bahagian Miri ke arah perniagaan digital. 

Menurut Pengarah Urusan Tuan Cahaya Petroleum Sdn Bhd Prof. Dato’ Sri Dr Josephine Duyuk Tuah, sebagai anak tempatan Sarawak beliau mahu usahawan-usahawan tempatan terutamanya golongan muda terlibat dan berebut peluang dalam ekonomi digital. 

Ujarnya, ini sekaligus menyahut seruan Premier Sarawak untuk terlibat dalam ekonomi digital yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Sarawak. 

“Saya hanya mahu memajukan usahawan-usahawan muda Sarawak dari sudut ekonomi dan tidak mahu orang Sarawak terlepas pandang dalam dunia digital,” katanya dalam sidang media di Majlis Menandatangani Memorendum Perjanjian Kerjasama Membina Perniagaan Rangkaian Usahawan Waqaf serta 020 Smartstore dan E-Commerce Marketplace di antara Panpay Holding dan Tuah Cahaya Petroleum Sdn Bhd di Hotel Grand Palace Miri pada Sabtu. 

Menerusi perjanjian kerjasama itu menjadikan Bahagian Miri sebagai kawasan pertama memperkenalkan PanPay kepada usahawan-usahawan di sini dan membuka peluang usahawan tempatan memasarkan produk tempatan mereka ke pasaran Semenanjung Malaysia.

Panpay yang berpusat di Puchong Selangor itu mempunyai banyak cabang dan kerjasama ini berupaya melebarkan sayap serta membuka peluang kepada semua masyarakat melalui e-commerce. 

Di bawah Panpay juga akan diwujudkan 020 iaitu secara dalam talian dan bakal membuka kedai untuk pengguna membuat pembelian.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Panpay Holding Sdn Bhd Rosman Talib dan Pengerusi Pertubuhan Adat & KERIS Melayu Dato Abdul Rashid M.A.H Maideen. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *