Pembinaan Masjid Kampung Jerijeh Berjalan Lancar, Siap Tidak Lama Lagi

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pembinaan Masjid Kampung Jerijeh Berjalan Lancar, Siap Tidak Lama Lagi
0 Comments

ISNIN, 14 MAC 2022

TANJUNG MANIS: Penduduk Kampung Jerijeh bakal mempunyai sebuah masjid yang serba moden bagi menggantikan masjid lama dan uzur.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata beliau sentiasa memberi perhatian terhadap kerja-kerja pembinaan masjid ini setiap kali membuat lawatan kerja di kawasannya.

Katanya, pembinaan masjid bernilai RM4.3 juta itu telah diluluskan di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.

Meskipun mengalami sedikit kelewatan daripada jadual asal berikutan dengan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 hingga 2021 namun ianya kini berjalan lancar dan dijangka siap tidak lama lagi.

Datu Len berharap masjid itu nanti dapat menjadi pusat bagi masyarakat di Kampung Jerijih dan sekitar mengadakan aktiviti keagamaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Projek pembinaan Masjid Kampung Jerijeh yang baharu ini amat wajar dilaksanakan memandangkan masjid yang lama agak uzur yang digunakan sejak 45 tahun dahulu dan tidak lagi mampu menampung jemaah terutamanya pada hari perayaan.

Masjid ini akan dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, tempat berwuduk, ruang solat dalam dan luar, bilik jenazah serta lain-lain kemudahan untuk memastikan keselesaan semua jemaah. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *