Pertahan Keunikan, Perpaduan Utuh Masyarakat Berbilang Kaum Di Sarawak

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pertahan Keunikan, Perpaduan Utuh Masyarakat Berbilang Kaum Di Sarawak
0 Comments

ISNIN, 14 MAC 2022

MERADONG: Penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam pelbagai program atau aktiviti sukan yang dianjurkan memperlihatkan perpaduan utuh rakyat di negeri ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, keunikan yang dimiliki Sarawak ini harus dikekalkan kepada generasi seterusnya agar semua kaum di negeri ini dapat hidup dalam suasana harmoni.

Beliau berkata demikian semasa berucap menutup Pertandingan Futsal Anjuran Sg Senapak Skim B Meradong Zon 2 di Padang Futsal Skim B Meradong pada Ahad.

Sambil melahirkan rasa bangga dengan penyertaan pasukan kaum Melayu dan Iban dalam pertandingan itu, beliau juga berharap semua peserta menghargai persahabatan yang terjalin.

Sebagai tanda sokongan, Datuk Ding telah menyumbang dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1,500 untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KRT Sg Senapak Skim B Meradong Zon 2.

Sebanyak 26 pasukan menyertai pertandingan tersebut dengan 20 pasukan kategori Lelaki dan enam kategori perempuan tanpa mengira umur. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *