Teknik Pertanian Tradisional Dimodenkan, Tingkat Keselamatan Makanan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Teknik Pertanian Tradisional Dimodenkan, Tingkat Keselamatan Makanan
0 Comments

ISNIN, 14 MAC 2022

LUNDU: Teknik pertanian secara tradisional perlu dimodenkan bagi mengukuhkan lagi keselamatan makanan di Sarawak.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, para petani dan pesawah tempatan harus menggunakan teknik penanaman secara moden bagi memperkukuhkan lagi keselamatan makanan serta meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Jelas beliau, bagi pengeluaran padi di Sarawak, pesawah tempatan hanya dapat membekalkan 38 peratus bagi tujuan penjualan beras di dalam Sarawak.

“Saya mempunyai harapan yang besar dan suka melihat keadaan seperti ini dimana mengubah lalang kepada penanaman padi dan nanas dan banyak lagi yang dapat menjana pendapat lumayan kepada orang-orang yang tinggal di luar bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penuaian benih padi berkualiti di Skim DID Tanjung Purun di Kampung Stunggang Melayu, Lundu pada Isnin.

Sementara itu, beliau memberitahu, daripada 140 hektar tanah yang diusahakan dalam Skim DID Tanjong Purun ini, sebanyak 10.72 hektar telah diusahakan dengan menggunakan benih padi MR269.

Benih tersebut telah mencapai tempoh matang sekitar 104 hingga 112 hari dengan jangkaan hasil bersih bagi penanaman pada bulan Oktober 2021 lepas adalah sebanyak 25 metrik tan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *