150 Kanak-Kanak 5 Hingga Bawah 12 Tahun Di Daerah Selangau Terima Vaksin

UKAS  > Edisi-Utara >  150 Kanak-Kanak 5 Hingga Bawah 12 Tahun Di Daerah Selangau Terima Vaksin
0 Comments

SELASA, 15 MAC 2021

SELANGAU: Seramai 150 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun ke bawah di tiga buah sekolah di daerah Selangau telah terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids). 

Tiga buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Arip, SK Bukit Arip dan SK Iban Union Selangau dengan kesemua murid-murid menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SK Bukit Arip pada Selasa. 

Selepas ini, mereka akan kembali menerima vaksin dos kedua selang 8 minggu iaitu 10 April 2022. 

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di PPV SK Bukit Arip mendapati ramai ibu bapa datang lebih awal dengan membawa anak masing-masing bagi mengelak kesesakan.

Kesedaran ini mula timbul selepas mendapati penularan wabak COVID-19 varian Omicron menunjukkan peningkatan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *