Projek Naik Taraf Perparitan Di Tiga Kampung, Persediaan Hadapi Banjir

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Naik Taraf Perparitan Di Tiga Kampung, Persediaan Hadapi Banjir
0 Comments

SELASA, 15 MAC 2022

KOTA SAMARAHAN: Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) di tiga kampung telah bermula sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.

Pembangunan PMR di bawah Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang itu dilaksanakan di Kampung Sebayor, Kampung Meranek (Langsat) dan Kampung Muara Tuang di Daerah Samarahan.

Penyerahan projek kepada pihak kontraktor telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO) disaksikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Latipah Beni pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Sebayor, Ruda Unong merakamkan penghargaan kepada Datuk Rubiah Wang di atas pelaksanaan projek yang amat dinantikan oleh penduduk kampung.

Projek berkenaan juga sebagai usaha untuk memantapkan sistem kesihatan awam kerana sistem perparitan yang tidak sempurna boleh menyumbang kepada wabak denggi, taun dan lain-lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *