Bimbingan Eksekutif Perkasa Perkhidmatan Awam Sarawak Selaras Pelaksanaan PCDS 2030

UKAS  > Edisi-Selatan >  Bimbingan Eksekutif Perkasa Perkhidmatan Awam Sarawak Selaras Pelaksanaan PCDS 2030
0 Comments

RABU, 16 MAC 2022

KUCHING: Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak memainkan peranan penting dalam membantu kejayaan negeri mencapai matlamat selaras dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Sehubungan itu, kerajaan Sarawak telah memperkenalkan bimbingan eksekutif kepada setiap ketua jabatan perkhidmatan awam negeri untuk mencapai matlamat inisiatif berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, bimbingan eksekutif telah menjadi rahsia kejayaan banyak nama besar dunia.

Menurut beliau, bimbingan eksekutif telah menjadi rahsia kejayaan banyak nama besar dunia seperti Pandelela, Bill Gates, Oprah Winfrey dan banyak lagi.

“Sebut sahaja beberapa nama besar yang secara terbuka menyumbang kejayaan besar mereka kepada jurulatih mereka.

“Bimbingan eksekutif, telah menjadi ”budaya menuju ke arah kejayaan” dalam banyak 500 syarikat Fortune. Bimbingan telah menjadi tajuk utama dalam majalah kepimpinan dunia seperti Harvard Business Review dan Forbes.”

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mewakili Premier Sarawak merasmikan Supporting SCS Leadership Transformation via Coaching di sini pada Rabu.

Premier Sarawak menambah, melalui inisiatif tersebut, bimbingan serta latihan yang dilaksanakan menyediakan intervensi pembangunan kepimpinan yang teguh.

Bimbingan eksekutif itu dikendalikan oleh Pembimbing Eksekutif Dr. Marcia Reynolds yang mempunyai pengalaman melatih CEO, program bimbingan dan latihan eksekutif di 43 negara.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *