Kejohanan Futsal Kenyalang (KFC) Junior Kembali, 12 Pasukan Berentap

UKAS  > Edisi-Utara >  Kejohanan Futsal Kenyalang (KFC) Junior Kembali, 12 Pasukan Berentap
0 Comments

RABU, 16 MAC 2022

BINTULU: Kejohanan Futsal Kenyalang (KFC) Junior Kelab Futsal Kenyalang Bintulu (KFKB) sejak Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini kembali selepas setahun ditangguh akibat pandemik COVID-19.

Kejohanan ini merupakan acara futsal pertama anjuran Kelab Futsal Kenyalang Bintulu (KFKB) sejak Fasa 1 PPN dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Pegawai Tadbir Harun Hatta telah menyempurnakan sepak mula sebagai simbolik permulaan pertandingan berkenaan di Pusat Kecemerlangan Futsal Kenyalang, Bintulu pada Ahad lepas.

KFC Juniors 2022 merupakan inisiatif untuk menghubungkan komuniti tempatan di akar umbi dengan melibatkan mereka melalui sukan yang digemari.

Orang ramai telah memberi respons positif terhadap acara ini di mana 12 pasukan di bawah kategori 17 tahun dengan lebih daripada 100 peserta telah mendaftar untuk menyertai kejohanan ini.

Bagi memastikan keselamatan orang ramai, KFKB telah tampil dengan perancangan untuk mengamalkan penjarakan sosial yang selamat dan telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *