MBKS Gantikan ‘Tong Sampah Hijau’ Baharu Penduduk Kampung Lumba Kuda

UKAS  > Edisi-Selatan >  MBKS Gantikan ‘Tong Sampah Hijau’ Baharu Penduduk Kampung Lumba Kuda
0 Comments

RABU, 16 MAC 2022

KUCHING: Penduduk Kampung Lumba Kuda menerima 22 unit ‘tong sampah hijau’ menerusi Program Penggantian Tong Sampah Beroda anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Trienekens Sarawak.

Penyerahan disempurnakan oleh Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng bertempat di Surau Darul Akhirat, pada Selasa.

Menurut Dato Wee, program tersebut bertujuan untuk menggantikan tong sampah hijau milik penduduk Kuching Selatan yang mana sebelum ini beliau telah menerima aduan berhubung tong sampah yang kerap dilihat dalam keadaan yang rosak dan kotor di sekitar kawasan itu.

Jelasnya, penggantian berkenaan juga diperlukan agar tiada tumpahan sisa sampah di jalan raya yang menyebabkan bau tidak selesa sekaligus merosakkan pemandangan.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan adanya tong sampah yang baru, kawasan tersebut akan berada di dalam keadaan yang bersih sepanjang masa seiring dengan pengiktirafan Bandaraya Kuching sebagai Bandar Bersih mengikut Piawaian Bandar Pelancong Bersih ASEAN.

Justeru, Dato Wee menggesa penduduk untuk bekerjasama memainkan peranan memastikan kawasan masing-masing sentiasa terjaga dan bersih daripada sampah,  di samping segera menghubungi Trienekens Sarawak sekiranya tong sampah mereka rosak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *