Sesi Pemilihan Peringkat Ranting PBB Di Dua Kampung Di Dalat Selesai

UKAS  > Edisi-Tengah >  Sesi Pemilihan Peringkat Ranting PBB Di Dua Kampung Di Dalat Selesai
0 Comments

RABU, 16 MAC 2022

DALAT: Sesi pemilihan di peringkat ranting bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Sungai Ud Hilir telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan Bapa (induk), Wanita dan Pemuda pada Sabtu.

Semua sesi pemilihan berjalan lancar dan sehingga kini tiada pertandingan diadakan di mana jawatankuasa baru dipilih secara sebulat suara oleh ahli-ahli.

Permuafakatan yang ditunjukkan di peringkat ranting membuktikan keharmonian dan kekukuhan parti.

Sementara itu, pada keesokan harinya, PBB Kampung Balan juga melakukan sesi pemilihan di peringkat ranting.

Jawatankuasa parti yang baharu dilantik amat teruja dan akan memberikan kerjasama antara satu sama lain demi untuk perpaduan dan kestabilan parti.

Dalam pada itu, pemilihan kesemua ranting-ranting PBB di Dalat tri tahunan itu dijangka selesai pada 22 Mac 2022.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *