Skuad Prihatin Dan Skuad Kasih Sayang DUN Saribas Hulur Bantuan Kepada Tujuh Pesakit Terlantar

UKAS  > Edisi-Tengah >  Skuad Prihatin Dan Skuad Kasih Sayang DUN Saribas Hulur Bantuan Kepada Tujuh Pesakit Terlantar
0 Comments

RABU, 16 MAC 2022

SARIBAS : Skuad Prihatin Saribas dengan kerjasama Skuad Kasih Sayang DUN Saribas turun ke Kampung Serembang untuk menghantar bakul makanan kepada tujuh orang penerima yang dipercayai terlantar sakit di rumah baru-baru ini.

Kesemua penerima ini juga turut dibantu Skuad Prihatin Saribas untuk mengisi borang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membolehkan mereka mendapat bantuan yang sepatutnya.

Skuad Prihatin Saribas dan Skuad Kasih Sayang (SKS) ini tampil menghulurkan bantuan sejurus menerima arahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Mohamad Razi menambah, usaha ini merupakan salah satu initiatif yang diwujudkan sejak dua tahun lepas bagi membantu mereka yang memerlukan.

Katanya, ia bukan sahaja dari segi bakul makanan, malah bantuan peralatan seperti kerusi roda juga turut menjadi salah satu usaha untuk membantu penduduk kampung yang terlantar sakit.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Ranting Kampung Serembang menzahirkan ucapan terima kasih kepada NGO Skuad Prihatin Saribas kerana telah hadir untuk menghulurkan bantuan dan turut berterima kasih kepada Mohammad Razi kerana sentiasa mengambil berat tentang keperluan penduduk kampung terutamanya di DUN Saribas.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *