Datuk Dr Malcom Menang Tanpa Bertanding Jawatan Ketua Cawangan PRS Batang Ai

UKAS  > Edisi-Selatan >  Datuk Dr Malcom Menang Tanpa Bertanding Jawatan Ketua Cawangan PRS Batang Ai
0 Comments

KHAMIS, 17 MAC 2022

LUBOK ANTU: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cawangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai.

Bagi pemilihan barisan 2022-2025, beliau telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cawangan PRS Batang Ai selepas mendapat sokongan majoriti daripada perwakilan yang hadir.

Sementara itu, untuk pemilihan jawatan lain, perwakilan juga sebulat suara menyokong pencalonan yang sedia ada supaya tidak dipertandingkan.

Pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PRS 2019-2022 telah diadakan di Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) Batang Ai, pada Rabu.

Pembubaran tersebut dilakukan bagi memberikan laluan kepada pemilihan bagi sesi 2022-2025 dan disempurnakan oleh Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *