Kerajaan Sarawak Sumbang RM60,000 Kepada SIDS

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Sarawak Sumbang RM60,000 Kepada SIDS
0 Comments

JUMAAT, 18 MAC 2022

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan sumbangan sebanyak RM60,000 daripada kerajaan Sarawak kepada Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS).

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah untuk SIDS merancang dan melaksana pelbagai aktiviti akan datang.

Jelas beliau, program yang dilaksanakan dapat memberi peluang ahli-ahli SIDS untuk saling bertukar pendapat, idea dan pengalaman di kalangan peserta dalam persidangan berkenaan.

“Dalam masa yang sama, kita akan menyusun strategi untuk mengubah, meningkatkan dan memperkasakan satu sama lain demi masa depan yang lebih cerah bagi orang kita.” katanya.

Datuk Amar Douglas berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam bersempena Persidangan Wanita Dayak Kebangsaan 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Jumaat.

Jelas Datuk Amar Douglas lagi, transformasi wanita Dayak telah bermula beberapa dekad yang lalu dan hari ini, wanita Dayak bukan lagi sekadar ibu yang tinggal di rumah tetapi juga seorang profesional, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Difahamkan, persidangan ini telah berjaya mengumpulkan 13 wanita Dayak yang dinamik dan berjaya serta tiga lelaki yang sama dinamik untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dengan lebih 400 peserta yang mempunyai latar belakang yang berbeza.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *