Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau Serah Sumbangan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau Serah Sumbangan
0 Comments

JUMAAT, 18 MAC 2022

SEBUYAU: Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau bersama Pejabat Daerah Kecil Sebuyau menyampaikan sumbangan kepada Ketua Masyarakat Kampung Segali, Abu Bakar pada Khamis.

Sumbangan di atas pemergian ibu beliau itu disampaikan oleh Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menerusi program ziarah pada Khamis.

Menghargai pemberian ikhlas itu, Abu Bakar merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak terutama Datuk Julaihi yang sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan rakyat. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *