RM1.4 Juta Diperuntuk Untuk 14 Projek RTP 2021 DUN Simanggang

UKAS  > Edisi-Selatan >  RM1.4 Juta Diperuntuk Untuk 14 Projek RTP 2021 DUN Simanggang
0 Comments

JUMAAT, 18 MAC 2022

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II ( Pembangunan Bakat) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis telah menghadiri sesi taklimat progres projek di Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), pada Khamis.

Dalam taklimat tersebut, beliau dimaklumkan sebanyak sembilan projek telah siap dilaksanakan, manakala lima lagi masih dalam proses iaitu melalui peruntukan RM1.4 juta untuk 14 buah projek menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 di bawah agensi pelaksana MDSA.

Difahamkan, pengagihan peruntukan adalah berdasarkan keutamaan dan agensi pelaksana akan memproses permohonan dengan mengadakan lawatan tapak untuk mengemukakan anggaran kos.

Selepas sesi taklimat berkenaan, Datuk Francis berkesempatan mengadakan lawatan ke projek pembinaan parit yang telah siap sepenuhnya di Surau An-Nur, RPR Fasa 1.

Projek bernilai RM150,000 itu dilaksanakan menerusi projek RTP di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *