120 Pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman Terima Penghargaan

UKAS  > Edisi-Selatan >  120 Pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman Terima Penghargaan
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

SRI AMAN: Majlis Apresiasi Dan Karnival Sukan Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman 2022 telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batang Lupar pada Jumaat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat ll, Datuk Francis Harden Hollis mengucapkan tahniah kepada  ahli jawatankuasa di atas penganjuran program dua dalam satu tersebut yang menghimpunkan kira-kira 120 pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian di Bahagian Sri Aman termasuk pegawai dan kakitangan dari PPK Batang Lupar, Pantu dan Engkilili. 

Menerusi program itu, lapan orang pegawai di Bahagian Sri Aman telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 manakala lapan pegawai dari Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman menerima sijil penghargaan sebagai petugas barisan hadapan berkhidmat semasa pandemik COVID-19.

Bagi kategori Karnival Sukan pula, turut disampaikan hadiah serta tanda penghargaan kepada Juara Keseluruhan termasuk Anugerah Atlet Wanita/Lelaki Terbaik.

Pada majlis sama, Datuk Francis juga telah meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Kelab Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman untuk membiayai aktiviti kelab.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *