50 Belia Di Simunjan Sertai Program Kem Bina Insan Belia

UKAS  > Edisi-Selatan >  50 Belia Di Simunjan Sertai Program Kem Bina Insan Belia
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

SEMATAN: Seramai 50 belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan menyertai Program Kem Bina Insan Belia selama 3 hari 2 malam di Palm Beach Resort bermula Jumaat.

Pengerusi Program, Rafendy Ariffien memberitahu, program anjuran Pusat Khidmat DUN N25 Simunjan dengan kerjasama Pejabat Khidmat Rakyat P200 Batang Sadong itu bertujuan memberi pendedahan kepada belia-belia akan pentingnya peranan mereka terhadap komuniti setempat.

“Jadi objektif program ini adalah untuk memastikan para belia dapat bekerjasama memberi sumbangan kepada masyarakat yang selama ini kita lihat tidak berapa aktif untuk memajukan kampung dan inilah tujuannya program belia ini diwujudkan supaya kita dapat melihat belia akan terus bersama komuniti dan terus aktif dalam kemasyarakatan,” katanya semasa ditemui media.

Katanya, program turut melibatkan kerjasama WRK Learning, Centre of Technical Excellence (CENTEXS), Pejabat Daerah Simunjan, Majlis Daerah Simunjan, Pusat Khidmat DUN N25 Simunjan, Pusat serta Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P200 Batang Sadong.

Tambah Rafendy lagi, perasmian program dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Hajah Nancy Shukri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *