ADUN Daro Terima Kunjungan Hormat JAIS Dan JAKIM, Bincang Projek Zon Halal

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Daro Terima Kunjungan Hormat JAIS Dan JAKIM, Bincang Projek Zon Halal
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak.

Kunjungan hormat pada Jumaat itu bagi membentangkan berkenaan cadangan Projek Zon Halal.

Dalam taklimat pembentangan berkenaan, pihak JAIS memaklumkan bahawa Daro antara terpilih dalam Projek Zon Halal ini dengan mencadangkan kawasan Medan Selera Daro sebagai Zon Halal bagi Daro.

Perlaksanaan Projek Zon Halal ini adalah bertujuan memberi sijil halal kepada peniaga Makanan di mana segala prosesnya akan diurus oleh pihak JAIS sepenuhnya.

Bayaran FI untuk permohonan sijil halal ini akan dibiayai oleh pihak MINTRED.

Sebelum ini, projek tersebut telah dilaksanakan di enam buah kawasan di Lundu, Taman Harmoni Sibu dan Majma Mall, Kuching.

Projek Zon Halal ini sangat memudahkan para peniaga untuk mendapatkan sijil halal. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *