Dr Ripin Tinjau Medan Niaga MDS Bekenu Dan Pusat Internet Komuniti, Kenal Pasti Permasalahan

UKAS  > Edisi-Utara >  Dr Ripin Tinjau Medan Niaga MDS Bekenu Dan Pusat Internet Komuniti, Kenal Pasti Permasalahan
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

BEKENU: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat telah mengadakan lawatan ke Medan Niaga MDS Bekenu dan Pusat Internet Komuniti di Pekan Bekenu pada Jumaat. 

Lawatan tersebut bertujuan mengenal pasti ruang niaga yang kosong dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta mendapatkan maklumat perkhidmatan yang disediakan kemudahan tersebut. 

Dalam pertemuan itu juga, Dr Ripin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir berpeluang mendengar permasalahan yang dihadapi peniaga seperti masalah penyambungan elektrik disebabkan penyewa sebelum ini tidak membayar bil tertunggak sehingga menyebabkan penyewa baru tidak dapat menyambung elektrik.

Turut dimaklumkan aktiviti perniagaan yang agak perlahan serta keadaan sekitar premis yang perlu dinaik taraf ataupun ubah usai. 

Untuk mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan satu sesi dialog bersama SESCO bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini. 

Selain Medan Niaga MDS Bekenu, turut dilawati Pusat Internet Komunit di Pekan Bekenu bagi mendapatkan maklumat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta mendengar taklimat dari pegawai bertugas.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Subis Norsafiyah, Pegawai Teknikal MDS, Kaunselor Sulaiman dan Kaunselor Abby Shahida. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *