Kerajaan Sarawak Luluskan Projek SAWAS Di Rumah Ado, Kakus

UKAS  > Edisi-Utara >  Kerajaan Sarawak Luluskan Projek SAWAS Di Rumah Ado, Kakus
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

SELANGAU: Kerajaan Sarawak telah meluluskan Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di Rumah Ado, Kakus.

Demikian kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai dalam Program Santai Pemimpin Bersama Komuniti Daerah Tatau di Rumah Raweng Manja,Nanga Mejau di sini pada Jumaat.

Jelasnya, projek yang diluluskan bernilai RM5 juta itu akan memberikan manfaat kepada penduduk di situ.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan mengenai sebuah loji air yang bernilai lebih kurang RM190 juta akan dibina di kawasan Sangan.

Datuk John Sikie berkata, loji air tersebut bakal menampung keperluan air untuk kegunaan penduduk di daerah Tatau.

Dalam program berkenaan, Datuk John Sikie turut menyalurkan bantuan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Raweng Manja sebanyak RM20,000 dan RM5,000 untuk Biro Wanita rumah panjang tersebut.

Di samping itu, Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan  Pelabuhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Datuk Majang Renggi yang turut hadir juga memberi peruntukkan MRP sebanyak RM10,000.

Program ini turut dihadiri oleh seramai 53 orang Tuai Rumah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau serta KMKK dari DUN Kakus.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *