Penduduk DUN Kedup Digalak Ceburi Bidang Pertanian

UKAS  > Edisi-Selatan >  Penduduk DUN Kedup Digalak Ceburi Bidang Pertanian
0 Comments

SABTU, 19 MAC 2022

SERIAN: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup digalak untuk menceburi dan merancakkan sektor pertanian negeri ini.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah II, Martin Ben berkata, pihaknya menyasarkan lebih ramai anak muda menceburi sektor pertanian dengan menggunakan teknologi moden.

Menurutnya, ketua masyarakat dan ketua kaum memainkan peranan penting bagi mendorong pembabitan golongan muda dalam bidang pertanian.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan Sijil Perakuan Pendaftaran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada 34 ketua kaum dari kawasan Kedup di Pusat Khidmat DUN Kedup pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu menambah, penduduk kampung yang memiliki tanah kosong boleh mengusahakan tanah itu sendiri atau sewa kepada pihak lain untuk menjana pendapatan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan dengan perkembangan pembangunan di kawasan Kedup iaitu Projek Bekalan Air Bersih Terawat, Projek Bekalan Eletrik (ALAF), Pemasangan Fiber Optik dan 27 projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diluluskan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *