ADUN Bukit Assek Sumbang Keperluan Sekolah Kepada 100 Pelajar Sekolah Rendah

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Bukit Assek Sumbang Keperluan Sekolah Kepada 100 Pelajar Sekolah Rendah
0 Comments

AHAD, 20 MAC 2022

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek telah menyampaikan sumbangan bantuan beg sekolah dan alat tulis sempena sesi persekolahan yang akan dibuka pada minggu hadapan.

Bantuan itu diberikan dalam majlis ringkas di Pusat Khidmat SUPP Cawangan Bukit Assek pada Sabtu.

Sumbangan diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan B40 dan ke bawah dengan ibu bapa atau salah seorang daripada mereka atau penjaga mendaftar sebagai pengundi di DUN Bukit Assek.

Seramai 100 orang pelajar sekolah rendah mendapat manfaat terhadap bantuan ini.

Joseph Chieng berharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kemudahan sekolah anak-anak mereka.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi SUPP Bukit Assek, Dato Chieng Buong Tuong serta jentera parti SUPP Cawangan Bukit Assek. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *