Datuk Amar Awang Tengah Melawat Mangsa Kebakaran Kampung Seberang Kedai

UKAS  > Edisi-Utara >  Datuk Amar Awang Tengah Melawat Mangsa Kebakaran Kampung Seberang Kedai
0 Comments

AHAD, 20 MAC 2022

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Seberang Kedai di sini pada Sabtu.

Katanya, beliau akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan serta bantu mencari lot sekiranya keluarga yang terlibat hendak berpindah ke lokasi lain.

“Kita akan mencari jalan penyelesaian untuk membina semula rumah ini,’’ jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu.

“Saya ucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan kehilangan nyawa,”” ujarnya.

Untuk makluman, pada 25 Februari lepas, kebakaran di Kampung Seberang Kedai itu telah melibatkan sembilan mangsa di mana ianya meragut nyawa 3 orang kanak-kanak lelaki.

Pada lawatan tersebut, Datuk Amar Awang Tengah telah menyumbangkan bantuan ehsan kepada keluarga berkenaan serta beberapa orang lagi yang mengalami kebakaran rumah sebelum ini.

Turut hadir ialah Pemangku Residen Bahagian Limbang, Sebi Abang. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *