Premier Sarawak Menang Tanpa Bertanding Sebagai Ketua PBB Cawangan N.26 Gedong Yang Baharu

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak Menang Tanpa Bertanding Sebagai Ketua PBB Cawangan N.26 Gedong Yang Baharu
0 Comments

AHAD, 20 MAC 2022

GEDONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.26 Gedong mencipta sejarah hari ini apabila semua Ahli Jawatankuasa Cawangan PBB serta pergerakan Pemuda dan Wanita cawangan menang tanpa bertanding dalam mesyuarat perwakilan yang bermula pada 18 sehingga 20 Mac ini.

Mereka yang menang tanpa bertanding ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Datuk Abang Openg selaku Ketua PBB Cawangan N.26 Gedong yang baharu.

Manakala Datuk Mohd Naroden Majais menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cawangan PBB N.26 Gedong.

Turut menang tanpa bertanding Ali Bujang sebagai Naib Ketua PBB Cawangan serta 13 AJK kecil yang lain.

Manakala Pergerakan Pemuda PBB yang diketuai oleh Mahathir Oyak dan serta semua ahli jawatankuasa dan Pergerakan Wanita PBB Cawangan yang diketuai oleh Hasanah Majais serta semua ahli jawatankuasa juga menang tanpa bertanding dalam mesyuarat yang sama semalam.

Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N.26 Gedong telah dihadiri oleh kira-kira 400 perwakilan dari Zon Gedong, Zon Pangkor dan Zon Ulu Gedong di Pusat Konvensyen dan Hotel Raia, Kuching. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *