Unit Kereta Peronda, IPD Kota Samarahan Pertingkatkan ‘Snap Check’ Dalam Taman

UKAS  > Edisi-Selatan >  Unit Kereta Peronda, IPD Kota Samarahan Pertingkatkan ‘Snap Check’ Dalam Taman
0 Comments

AHAD, 20 MAC 2022

KOTA SAMARAHAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mempertingkatkan usaha mencegah jenayah di kawasan dalam taman melalui ‘Snap Check’.

Pemeriksaan mengejut (Snap Check) oleh Unit Kereta Peronda (MPV) Daerah Kota Samarahan tersebut telah dijalankan pada Sabtu di Taman Tiya Vista, Kota Samarahan.

Melalui usaha tersebut mendapati Snap Check dilihat lebih berkesan berbanding Sekatan Jalan Raya (SJR) kerana operasi dilakukan secara mengejut dan orang tidak berada dalam keadaan bersedia berbanding SJR.

Pelbagai kenderaan dan beberapa individu telah diperiksa dan pemeriksaan dibuat ke atas beberapa kenderaan dan pemandu yang mencurigakan bagi memastikan tiada rekod jenayah atau individu yang berada di dalam situasi dikehendaki polis.

Usaha pencegahan jenayah di kawasan taman perumahan ini akan dipertingkatkan terutamanya taman perumahan yang bersempadanan dengan daerah lain untuk membanteras jenayah pecah kereta dan kecurian bagi memastikan keselamatan komuniti setempat.

Oleh itu, pihak polis menyeru agar komuniti untuk bersama membantu dalam usaha pencegahan jenayah. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *