84 Tuai Rumah Di DUN Krian Terima Cek MRP

UKAS  > Edisi-Tengah >  84 Tuai Rumah Di DUN Krian Terima Cek MRP
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

SARATOK: Seramai 84 tuai rumah di kawasan Krian menerima cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian bertempat di Dewan Rumah Dayak Saratok pada Sabtu.

Majlis penyerahan cek MRP itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dan turut dihadiri Pegawai Daerah Saratok, Haron Mahidi.

Menurut Friday, geran projek MRP itu telah diluluskan pada Disember tahun lepas namun tidak dapat diserahkan kepada rumah panjang ketika itu kerana beberapa masalah teknikal berkaitan cek yang tidak dapat ditunaikan.

Ujarnya, penyerahan cek itu juga menyangkal tuduhan yang negatif dilemparkan terhadap kerajaan yang didakwa tidak membantu penduduk di kawasan itu.

Sementara itu, beliau juga mengalu-alukan tuai-tuai rumah untuk sentiasa berhubung dengan beliau di Pusat Khidmat Krian bagi berbincang serta mengenal pasti masalah di kawasan masing-masing.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *