Pasukan Bola Sepak MAKSAK Sarawak Berazam Ulangi Pencapaian Tahun 2019

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pasukan Bola Sepak MAKSAK Sarawak Berazam Ulangi Pencapaian Tahun 2019
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

KUCHING: Pasukan bola sepak MAKSAK Sarawak berazam untuk mengulangi pencapaian pada tahun 2019 dalam penyertaan ke Kejohanan Kebangsaan MAKSAK Malaysia Games 2022, Bola Sepak di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor pada 24 hingga 27 Mac 2022.

Majlis penyerahan bendera kontinjen MAKSAK Sarawak telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi) merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki di pejabatnya pada Isnin.

Beliau mengharapkan semua pemain memberikan persaingan yang sengit dan berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam usaha menaikkan imej MAKSAK Sarawak.

Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan kepada pasukan agar sentiasa menjaga SOP yang berkuatkuasa.

Wakil pengerusi bola sepak MAKSAK Sarawak dari Yayasan Sarawak, Zulfiqqar Fadhzely Randy merangkap Pengurus Pasukan optimis pasukan bola sepak MAKSAK Sarawak mampu mencapai misi berdasarkan pencapaian lepas dan persiapan rapi dalam mempersiapkan pasukan ke kondisi terbaik serta bersedia dari segi mental dan fizikal.

Pasukan ini dikendalikan oleh Sufian Ibrahim sebagai jurulatih.

Senarai pemain pasukan MAKSAK Sarawak adalah Dabib Mohammad Pani, Mohammad Shahrol Saperi, Ahmad Shakri Tuah, Johadi Morshidi, Remenor Pit, Mohammad Rossi Jemaain, Mohd Nor Abu Bakar, Juadjiman Wagino, Mohd Hairol Mokhtar, Adam Fahmi Iskandar, Affyshahrul Affendi, Kenly Macdonald Atong, Abg Mohamad Shaiful Abang Othman, Suwadi Kederi, Mohamad Asrulah Drahman, Norman Ibrahim, Wan Aminuddin Wan Mahmud, Mohd. Irwan Hanari, Mohamad Zakaria Ishak dan Paul Sambang.

Hadir sama semasa kunjungan hormat tersebut Setiausaha Kerja MAKSAK Sarawak, Nazrie Abdullah. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *