86 Peserta Sertai Pertandingan Bola Tampar Tertutup Piala Mohamad Duri Di Saratok

UKAS  > Edisi-Tengah >  86 Peserta Sertai Pertandingan Bola Tampar Tertutup Piala Mohamad Duri Di Saratok
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

SARATOK: Seramai 86 peserta terdiri daripada lima pasukan terbuka dan empat pasukan veteran menyertai Pertandingan Bola Tampar Tertutup Piala Mohamad Duri yang diadakan di Saratok pada Sabtu.

Pertandingan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Dalam ucapannya, Mohamad Duri menggalakkan komuniti di kawasan itu untuk terus aktif bersukan bagi mengelak mereka khususnya golongan belia terjerumus dalam gejala sosial.

Selain itu, beliau juga sentiasa menyokong segala usaha untuk membangunkan belia melalui sukan di daerah itu.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *