Aktiviti Gotong-Royong Perkukuh Perpaduan Di Kalangan Penduduk

UKAS  > Edisi-Tengah >  Aktiviti Gotong-Royong Perkukuh Perpaduan Di Kalangan Penduduk
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

OYA: Aktiviti gotong-royong memainkan peranan penting dalam mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan penduduk.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Masjid At Taqwa Oya dengan kerjasama Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kecil Oya telah mengadakan gotong-royong bagi membersih Tanah Perkuburan Islam Oya pada Ahad.

Difahamkan, aktiviti gotong-royong tersebut diadakan tiga kali setahun.

Ia akan diadakan saban tahun secara besar-besaran dan menyeluruh setiap kali menjelang bulan Ramadhan yang melibatkan tiga buah kampung berdekatan di mana kehadirannya melebihi 100 penduduk kampung. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *