Kemudahan Sukan Di Bintulu Terus Dipertingkatkan

UKAS  > Edisi-Utara >  Kemudahan Sukan Di Bintulu Terus Dipertingkatkan
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

BINTULU: Kemudahan sukan untuk rakyat di Bintulu kini terus dipertingkatkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Jelasnya, perkara ini sedang diusahakan oleh beliau dan kerjasama bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang dilakukan.

“Dalam tempoh berkempen pilihan raya, saya telah menyatakan bahawa saya akan mempromosikan gaya hidup sihat di Bintulu, khususnya kawasan DUN Tanjong Batu.

“Saya berjanji akan membina lebih banyak kemudahan sukan untuk rakyat termasuk gelanggang tenis. Saya tidak lupa janji saya.

“Kami bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan kami sedang dalam perjalanan untuk merealisasikan sebahagian daripada manifesto saya.

“Kami mahu penduduk Bintulu untuk semua peringkat umur menjalani gaya hidup aktif,” katanya dalam majlis pembukaan Piala Tennis Invitational Doubles 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Padang Bahagian Bintulu (BDLTA) di Kelab Kidurong Bintulu (KKB) pada Sabtu.

Johnny Pang turut menyatakan rasa bangga dengan BDLTA atas usaha mereka dalam mempromosikan sukan tenis kepada rakyat.

“Saya dimaklumkan bahawa BDLTA telah melancarkan Program Pembangunan Junior di mana mereka melatih anak-anak muda dari umur 5 tahun hingga 12 tahun dua kali seminggu.

“Saya berbangga dengan BDLTA dan apa yang mereka lakukan di Bintulu untuk mempromosikan sukan tenis.

“Walaupun dengan kekurangan kemudahan, namun mereka tidak berputus asa dan meneruskan impian untuk menghidupkan semula sukan tenis di kalangan penduduk Bintulu

Hadir sama, Presiden BDLTA Mudahari Shaimi dan Pengerusi BDLTA Liong Woei Hua.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *