Bengkel Pewaris PRS Bantu Dalam Percambahan Idea Cadangan Penubuhan Sayap Baru

UKAS  > Edisi-Selatan >  Bengkel Pewaris PRS Bantu Dalam Percambahan Idea Cadangan Penubuhan Sayap Baru
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

KUCHING: Ibu Pejabat Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah mengadakan Bengkel Pewaris PRS bersama Belia Parlimen Kanowit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah di Hotel Merdeka Palace, Kuching pada Sabtu.

Perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda PRS Pusat dan ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan.

Bengkel tersebut adalah satu program sebagai percambahan idea mengenai cadangan penubuhan sayap baru PRS yang dikenali sebagai Pewaris PRS.

Peserta bengkel tersebut terdiri daripada wakil belia di DUN dan Parlimen PRS, wakil EXCO Pergerakan Wanita dan Pemuda PRS Pusat, wakil UNDI18, kumpulan belia aktif dan badan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan, peserta yang dipilih adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun iaitu sebagai strategi bagi mendekati pengundi belia di bawah umur 28 tahun.

Hasil bengkel tersebut akan dibawa kepada pihak Majlis Tertinggi PRS sebelum ianya dibentangkan semasa Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) PRS pada 24 April 2022 di Hotel Kingwood Hotel, Sibu. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *