Bersama Miri Women Caring Society Bantu Masyarakat Memerlukan

UKAS  > Edisi-Utara >  Bersama Miri Women Caring Society Bantu Masyarakat Memerlukan
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

MIRI: Pengwujudan Miri Women Caring Society ini adalah bertujuan membantu keluarga yang memerlukan. 

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, sebagai masyarakat penyayang adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk membantu antara satu sama lain. 

“Pertubuhan ini adalah dikhususkan untuk membantu keluarga yang memerlukan. 

“Marilah kita bersama-sama memainkan peranan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Miri Women Caring Society di Hotel Dynasty Miri pada Ahad.

Datuk Sebastian Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau mengucapkan terima kasih kepada Kapitan Betty Pong dan pasukannya yang sama-sama menubuhkan pertubuhan ini bagi membantu masyarakat. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *