Pelbagai Aktiviti Dan Program Menarik Dirancang Rancakkan Kemeriahan Miri

UKAS  > Edisi-Utara >  Pelbagai Aktiviti Dan Program Menarik Dirancang Rancakkan Kemeriahan Miri
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

MIRI: Miri merupakan sebuah kawasan yang menarik dan akan terus dibangunkan demi masa depan yang lebih baik. 

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, menyedari keperluan itu pelbagai aktiviti dan program telah dirancang bagi merancakkan lagi kehadiran pelancong sama ada dalam dan luar negara. 

“Miri adalah sebuah bandar yang bertenaga, marilah kita terus merancang ke hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perlumbaan Basikal MTB Fun Race Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) 2022 di Taman Marina Park City pada Ahad. 

Hampir 90 orang peserta telah mengambil bahagian dengan berlangsungnya 4 kategori yang dipertandingkan iaitu terbuka, veteran, novis dan junior. 

Peserta paling muda berumur 12 tahun yang bertanding dalam kategori junior. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *