Gotong-Royong Bersih Kampung Baru Tengah

UKAS  > Edisi-Utara >  Gotong-Royong Bersih Kampung Baru Tengah
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

BINTULU: Aktiviti gotong-royong telah dilakukan di Kampung Baru Tengah bagi membersihkan tapak bekas rumah yang terbakar dan sekeliling lorong berkenaan pada Sabtu.

Rumah tersebut telah terlibat tragedi kebakaran pada 27 Februari 2022 lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip serta isteri Datin Dr Zaliha Abdullah turut hadir dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti itu turut disertai oleh pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan kebajikan, Combi, KRT, SRS, JKP dan Biro Remaja Masjid Darussalam,Kelab Sukan Kampung Baru, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Baru dan Skuad PBB.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *