KRT Kampung Assyakirin Fasa 2 Bintulu Perlu Bergiat Aktif

UKAS  > Edisi-Utara >  KRT Kampung Assyakirin Fasa 2 Bintulu Perlu Bergiat Aktif
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

BINTULU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Assyakirin Fasa 2 Bintulu digalakkan untuk terus bergiat aktif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, beliau akan sentiasa memberikan sokongan kepada program-program KRT yang dilaksanakan demi keselesaan semua penduduk.

“Saya berharap KRT boleh merangka program-program, menggalas tugas dan memperkasakan KRT melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong royong, aktiviti sukan dan rekreasi untuk membudayakan kehidupan yang sihat untuk semua golongan dan juga mengeratkan perpaduan antara satu sama lain,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sijil Keahlian Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kampung Assyakirin Fasa 2 Bintulu.

Dalam pada itu, katanya, beliau juga telah dimaklumkan oleh Pengerusi KRT Kg Assyakirin Fasa 2 merangkap Pengerusi Pemuafakatan KRT Bahagian Bintulu, Awang Madihi Awang Yatim bahawa selain menjaga keselamatan kampung, KRT ada banyak tugasan lain demi keselesaan komuniti setempat.

“Sebagai contoh Program RT Care semasa COVID-19 di mana KRT terlibat secara langsung dalam memberikan pertolongan kepada golongan asnaf dan mereka yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, Program Kibar Jalur Gemilang peringkat Bintulu, yang mana KRT Kampung Assyakirin pernah menjadi Johan Bahagian Bintulu pada tahun kemerdekaan 2020,”ujar beliau lagi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *