MIS Dan UNIFOR Keluarkan SOP Perayaan, Program Keagamaan Fasa Endemik

UKAS  > Edisi-Selatan >  MIS Dan UNIFOR Keluarkan SOP Perayaan, Program Keagamaan Fasa Endemik
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung perayaan serta program keagamaan selaras dengan peralihan fasa endemik bermula 1 April ini.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan mengenai perkara itu menerusi sidang media khas JPBNS pada Isnin.

“Manakala SOP Bazar Ramadan dan Bazar Gawai pula akan dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH)” katanya.

Justeru, Datuk Amar Douglas Uggah menyeru masyarakat supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan usaha berkenaan berjalan lancar.

Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Pengerusi JPBNS, Datu Ik Pahin Joyik dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *