Webinar Kesihatan Dan Kecergasan MAKSAK Sarawak Siri 1/2022

UKAS  > Edisi-Selatan >  Webinar Kesihatan Dan Kecergasan MAKSAK Sarawak Siri 1/2022
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

KUCHING: Webinar Kesihatan dan Kecergasan MAKSAK Sarawak Siri 01/2022 mendapat sambutan yang baik dan maklum balas yang positif daripada seramai 234 orang peserta.

Webinar yang bertajuk Produktiviti Di Tempat Kerja Dengan Aktiviti Kesihatan Dan Kecergasan itu telah berlangsung pada 18 Mac 2022 dan disertai peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai jabatan dan bahagian Sarawak dengan jumlah penyertaan seramai 234 orang.

Ini merupakan program pendidikan kesihatan dan kecergasan yang julung-julung kali diadakan dan dirancang dilaksanakan setiap bulan sepanjang tahun 2022.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada penjawat awam dan ahli gabungan mengenai gaya hidup sihat, kesedaran amalan budaya cergas, sihat dan aktif.

Sepanjang tahun 2022 ini, MAKSAK Sarawak akan membawakan pelbagai topik menarik bersama barisan penceramah yang akan berkongsi tajuk yang berkaitan Kesihatan dan Kecergasan sepanjang program ini berlangsung.

Untuk makluman, MAKSAK Sarawak juga akan menganjurkan Simposium Virtual Sains Sukan MAKSAK Sarawak 2022 bermula 6 April 2022 kelak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *