Penduduk Flat Taman Ceria Permyjaya Gembira Terima Perkhidmatan Jalur Lebar Unifi

UKAS  > Edisi-Utara >  Penduduk Flat Taman Ceria Permyjaya Gembira Terima Perkhidmatan Jalur Lebar Unifi
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

MIRI: Pemasangan perkhidmatan jalur lebar UniFi telah memberi manfaat kepada 2,500 penduduk di Flat Taman Ceria Permyjaya. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin, projek pemasangan Unifi telah dilakukan pada bulan Oktober 2021 dan sebanyak 4 unit peti pengagihan FDC-fiber kini telah siap dipasang pada awal bulan Mac 2022.

“Seramai 1,100 penghuni telahpun memohon dan berjaya dipasang perkhidmatan Unifi, manakala, selebihnya masih dalam proses pemasangan,” katanya. 

Sementara itu, Winnie Ulau Philip Mering, 31 tahun yang merupakan penghuni flat Taman Ceria Permyjaya menzahirkan rasa terima kasih kepada Telekom Malaysia (TM) yang telah menyediakan perkhidmatan Unifi ini. 

“Gembira sebab banyak kebaikan kepada semua penghuni di sini lebih-lebih lagi kawasan ini pernah mengalami masalah liputan internet. 

“Apabila ada Unifi ini adik saya yang masih bersekolah mudah untuk mereka mencari maklumat untuk kerja sekolah dan bersyukur adanya Unifi di sini,” katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *