Seminar Pupuk Kesedaran Bahaya Jenayah Syariah

UKAS  > Edisi-Tengah >  Seminar Pupuk Kesedaran Bahaya Jenayah Syariah
0 Comments

ISNIN, 21 MAC 2022

DARO: Kesedaran masyarakat terhadap bahaya jenayah syariah perlu terus diberi penekanan.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyambut baik penganjuran Seminar Perundangan Syariah yang diadakan di Masjid Al-Muhsiniin Daerah Daro pada Sabtu lepas.

Menyifatkan penganjuran seminar itu sangat penting, beliau juga ia tidak berhenti di situ dan mempunyai siri-siri lain lagi untuk memberi penerangan yang lebih meluas.

Dalam pada itu, beliau memberitahu permohonan untuk menempatkan Pejabat Hakim Makamah Rendah Syariah di Daro telah pun diajukan.

Tegasnya, ini sangat penting supaya kes-kes yang melibatkan kawasan ini dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menunggu dari Mukah atau tempat lain untuk menguruskan kes.

Seramai 60 peserta menyertai seminar tersebut dengan penceramah terdiri daripada wakil dari Hal Ehwal Islam Mukah, Hakim Makamah Rendah Syariah Mukah dan PDRM Bahagian Siasatan Jenayah.

Sementara itu, pada sebelah malam, Safiee meluangkan masa memeriahkan Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Kampung Badong.

Dalam ucapannya, beliau berkata sambutan Hari Wanita Sedunia di seluruh dunia memperlihatkan besarnya peranan kaum wanita dan wajarnya mereka diberi penghargaan.

Katanya, peranan wanita dalam komuniti setempat juga sangat besar sebagai penyeri dan aktif membantu komuniti setempat.

Program itu diadakan oleh KRT Kampung Badong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Badong. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *