12 Pasukan Sertai Pertandingan Bola Tampar Edisi 1 (Lelaki) Piala Datuk Wilson Ugak Kumbong

UKAS  > Edisi-Tengah >  12 Pasukan Sertai Pertandingan Bola Tampar Edisi 1 (Lelaki) Piala Datuk Wilson Ugak Kumbong
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

BELAGA : Pertandingan Kejohanan Bola Tampar Edisi 1 (Lelaki ) tahun 2022 Piala Datuk Wilson Ugak Kumbong anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belaga telah berlangsung dengan jayanya bermula 18 hingga 20 Mac 2022.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Khidmat Hulu Rajang, Dino Jilan yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong pada 19 Mac 2022.

Sementara itu, sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *