1,674 Guru Baharu Ditempatkan Di Sarawak Mulai 1 Disember 2021

UKAS  > Edisi-Tengah >  1,674 Guru Baharu Ditempatkan Di Sarawak Mulai 1 Disember 2021
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

KUALA LUMPUR: Seramai 1,674 guru telah ditempatkan di Sarawak mulai 1 Disember 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Mohd Jidin memberitahu, ini adalah susulan daripada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan guru di semua sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk di negeri ini.

“Dalam Parlimen Igan khususnya, 30 guru telah dilantik untuk memenuhi keperluan tenaga kerja,” katanya dalam jawapan bertulis sebagai menjawab Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelas beliau, KPM telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ pada 20 Jun 2021.

Datuk Dr. Radzi menambah, daripada jumlah tersebut, 13,760 calon berjaya dalam sesi temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. 

“Setakat 18 Januari 2022, rekod KPM menunjukkan bahawa Sarawak mempunyai keperluan seramai 5,037 guru.

“121 kekosongan pula terdapat dalam Parlimen Igan,” katanya. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *