Azizul Annuar Adenan, Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu 2022-2025

UKAS  > Edisi-Selatan >  Azizul Annuar Adenan, Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu 2022-2025
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

LUNDU: Pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dilantik sebagai Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu bagi sesi 2022 hingga 2025.

Pengumuman itu dibuat pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Daerah Lundu pada Sabtu.

Azizul Annuar semasa berucap berkata, beliau amat berbangga dilantik untuk memegang jawatan berkenaan.

“Saya amat berbangga menjadi Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu kerana kekuatan PBB Tanjong Datu adalah kerja keras setiap individu yang hadir di dewan pada hari ini yang telah memastikan kemenangan di 50 Ranting PBB Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

“Parti PBB Sarawak adalah antara parti yang terkuat di Malaysia dan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah terbukti dengan kemenangan besar GPS sebanyak 76 kerusi  daripada 82 kerusi termasuk di Tanjong Datu.

“Kemenangan ini adalah kerana rakyat yakin dengan perjuangan, kepimpinan, kejayaan dan pembangunan yang telah dibawa oleh GPS,” ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Naib Yang Di-Pertua PBB Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee menyifatkan jentera PBB Tanjong Datu bertuah mempunyai Azizul Annuar yang merupakan calon PBB paling muda.

Katanya, sayap baru PBB 1828 juga akan diwujudkan untuk memperkuatkan jentera PBB di Peringkat Ranting dan Cawangan dan tidak akan sesekali menggantikan kedudukan seseorang itu dalam parti.

Dalam pada itu,  mesyuarat itu juga telah menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Cawangan disandang oleh Kaunselor Abu Seman Karim dan Ketua Pemuda disandang oleh Mohd Rhadzie Kassim

Manakala, Naib Ketua Pemuda dimenangi tanpa bertanding oleh Kaunselor Sintu Layang dan Ketua Wanita PBB Tanjong Datu dimenangi Kaunselor Fatimah Abdullah.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *