Ketua PBB Cawangan Demak Laut Kekal Milik Dr. Hazland

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ketua PBB Cawangan Demak Laut Kekal Milik Dr. Hazland
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Demak Laut.

Keputusan itu susulan Mesyuarat Agung Perwakilan Cawangan PBB Demak Laut bagi sesi 2022-2025 yang diadakan di Penview Convention Centre Kuching pada Ahad lepas.

Dalam masa yang sama, turut dikekalkan jawatan Timbalan Ketua PBB Cawangan yang disandang oleh Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie dan Naib Ketua PBB Cawangan, Rahmat Sabang.

Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan pula disandang oleh Sebli Morsidi dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan oleh Fatimah @ Rokiah Temben.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri kira-kira 596 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pergerakan Bapa, Wanita dan Pemuda Cawangan dari Zon Tabuan, Zon Tanjung Bako, Zon Jalan Bako, Zon Bako, Zon Muara Tebas dan Zon Tanjung Embang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *