Gotong Royong Unsur Penting Dalam Masyarakat

UKAS  > Edisi-Utara >  Gotong Royong Unsur Penting Dalam Masyarakat
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

MIRI: Aktiviti bergotong-royong merupakan unsur penting dalam masyarakat, demikian menurut Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato’ Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, aktiviti gotong royong perlu dikekalkan dan dianjurkan dengan lebih banyak.

Tambahnya, semangat ini juga perlu digalakkan di seluruh kawasan termasuk kawasan kampung dan kediaman taman di bandar.

“Semangat gotong-royong adalah unsur penting untuk masyarakat berkumpul bersama dan berinteraksi dalam kalangan penduduk kampung.

“Seruan semangat bekerjasama dan bergotong royong perlu terus dikekalkan dan lebih banyak aktiviti gotong-royong dapat dianjurkan,” katanya.

Dato’ Sri Lee berkata demikian semasa ditemui  dalam Majlis Perasmian Program Kapurung Perdana di Dewan Masjid Nurul Ibadah, Kampung Muhibbah, Kuala Baram pada Ahad.

Program gotong-royong ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung.

Antara aktiviti yang berlangsung dalam program ini termasuk gotong-royong membersih kawasan masjid dan surau, membersih kawasan kubur Islam dan menyediakan bahan-bahan masakan untuk arwah bulan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *