Penanaman Hidroponik Mudah, Permulaan Sesuai Bagi Yang Ingin Mula Berkebun

UKAS  > Edisi-Utara >  Penanaman Hidroponik Mudah, Permulaan Sesuai Bagi Yang Ingin Mula Berkebun
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

LAWAS: Seramai 52 peserta telah menyertai kursus penanaman sayur hidroponik dan penanaman lada dengan sabut kelapa di sini pada Sabtu lepas.

Kursus berkenaan dianjurkan oleh Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas yang diadakan di Bangunan PPWS Daerah Lawas.

Penanaman secara hidroponik ini adalah mudah dan ia merupakan permulaan yang sesuai bagi mereka yang ingin mula berkebun.

Dalam kursus tersebut, peserta didedahkan dengan penanaman tanaman yang diletakkan di atas takungan larutan nutrien yang mana akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien dibawah.

Tanaman tersebut tidak perlu disiram yang mana ia boleh menjimatkan banyak masa dan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien.

Dengan adanya kursus dan perkongsian seperti ini, para peserta diharapkan dapat memanfaatkannya sebaik mungkin dalam menjana dan menambah pendapatan keluarga.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *