Premier Sarawak Lawat Galeri LAKMNS

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak Lawat Galeri LAKMNS
0 Comments

SELASA, 22 MAC 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meluangkan masa melawat Galeri Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Bangunan Baitul Makmur II pada Isnin.

Beliau selaku Pengerusi LAKMNS berpuas hati dan kagum dengan inisiatif pelaksanaan galeri itu yang memaparkan sejarah penubuhan serta maklumat korporat LAKMNS, dengan teratur dan sistematik di setiap ruang pameran.

Turut dipaparkan adalah jadual program serta aktiviti anjuran LAKMNS yang menjadi cerminan kepada segala usaha dan sumbangan bakti pelbagai pihak dan individu sejak penubuhannya.

Mengiringi beliau, Setiausaha Kehormat LAKMNS, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato’ Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1, Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MH63) Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak), Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki serta ahli-ahli lembaga dan pengurusan kanan LAKMNS.

Galeri yang siap pada penghujung tahun 2021 itu ditubuhkan bagi mempamerkan nilai-nilai kecemerlangan yang ada pada LAKMNS untuk tatapan umum terutama pengunjung bangunan berkenaan di samping memberi inspirasi kepada LAKMNS untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi masyarakat dan Sarawak khususnya.

Ia terbuka kepada orang awam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *