Projek Pembesaran Jalan Masuk Kampung Semera Diluluskan

SELASA, 22 MAC 2022

SADONG JAYA: Projek Pembesaran Jalan Masuk Kampung Semera telah diluluskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo.

Pelaksanaan projek tersebut adalah bagi mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya dan siapnya projek itu kelak akan memberi kelegaan kepada penduduk kampung.

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kampung Semera merakamkan jutaan terima kasih atas tindakan serta keprihatinan wakil rakyat itu yang sentiasa peka dan mendengar permasalahan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.-EDISI UKAS

add comment