Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-70 Di Sarikei Disambut Penuh Makna

UKAS  > Edisi-Tengah >  Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-70 Di Sarikei Disambut Penuh Makna
0 Comments

JUMAAT, 25 MAC 2022

SARIKEI:Sambutan Hari Ulang Tahun ke-70 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bahagian Sarikei disambut sederhana namun penuh semangat dan azam baharu.

Bagi menghargai warga APM yang telah menyumbangkan jasa dan bakti, sambutan kali ini disambut dengan penuh makna selain memperingati tarikh penubuhan Pertahanan Awam secara rasmi pada 24 Mac 1952.

Selain daripada itu, semua warga APM disarankan untuk terus menonjolkan peranan jabatan itu bagi menarik minat masyarakat untuk menyertai APM di samping memperkemaskan diri dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan.

Warga APM juga perlu turun ke akar umbi bagi melaksanakan ‘Local Engagement’ dalam memberikan latihan kepada masyarakat dengan kesiapsiagaan menghadapi segala situasi atau bencana.

Ia sekali gus mengangkat peranan APM sebagai salah satu komponen yang penting dalam membantu negara serta menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara, APM perlu melakukan anjakan dan perlaksanaan pelan yang teratur serta strategik untuk terus kekal releven.

Oleh itu, berberapa pelan tindakan komprehensif telah dirangka berteraskan kepentingan awam dan kesejahteraan negara dalam perkhidmatan APM.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dr Norhafifi Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan), Lokman Effendi Ramli serta warga APM Bahagian Sarikei.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *