Kejohanan Bola Tampar Pantai Kuching Tertutup 2022 Dianjurkan Dengan Jayanya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kejohanan Bola Tampar Pantai Kuching Tertutup 2022 Dianjurkan Dengan Jayanya
0 Comments

AHAD, 27 MAC 2022

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Pantai Kuching Tertutup 2022 dengan jayanya.

Kejohanan tersebut dianjurkan buat pertama kalinya di negeri ini  setelah hampir dua tahun tidak menganjurkan kejohanan atau program secara bersemuka.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Semawi Mohamad berkata, matlamat utama kejohanan adalah bagi melahirkan atlet-atlet sukan bola tampar pantai yang berprestasi tinggi selain mempromosikan sukan bola tampar pantai supaya lebih dikenali di negeri Sarawak khususnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Tertutup Bahagian Kuching di Gelanggang Bola Tampar Pantai, Petra Jaya, pada Ahad.

Justeru, beliau berharap agar kejohanan seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang dengan kerjasama SSC dan pihak Persatuan mampu menganjurkan kejohanan yang lebih besar dan berkualiti selaras dengan visi dan misi SSC untuk menjadi ‘The Nation’s Sport Powerhouse’.

Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari iaitu bermula  pada 26 Mac hingga 27 Mac dengan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta dari bahagian Kuching serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *