Uptown Debak 2022 Bantu Jana Semula Pendapatan Penduduk Tempatan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Uptown Debak 2022 Bantu Jana Semula Pendapatan Penduduk Tempatan
0 Comments

AHAD, 27 MAC 2022

BETONG: Seramai 20 peniaga mengambil bahagian dalam program Uptown Debak 2022 anjuran Pejabat Daerah Kecil Debak yang berlangsung selama tiga dari bermula pada 25 hingga 27 Mac.

Antara beberapa pengisian program tersebut adalah seperti pertandingan tarik tali, pertandingan karaoke dan turut diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan, Bagio Damasutra.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan  Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata, tujuan program tersebut diadakan sebagai salah satu usaha membantu penduduk dan peniaga yang terkesan akibat pandemik untuk bangkit semula memandangkan Sarawak bakal memasuki fasa endemik.

“Tujuan utama program ini diadakan antara lain ialah untuk membantu penduduk kampung dalam proses kita beralih ke fasa endemik.

“Jadi ini merupakan salah satu usaha kita untuk para peniaga menjana semula ekonomi mereka, kerana kita faham apa yang telah dilalui oleh para peniaga kita sepanjang dua tahun yang lepas. Jadi sebagai permulaan, kita buka satu ruang untuk mereka berniaga sambil kita berhibur,” ujarnya.

Mohammad Razi Sitam turut hadir pada sebelah malam untuk memberikan sokongan kepada pihak penganjur dan turut menyampaikan hadiah pertandingan tarik tali yang diadakan pada sebelah petang.

Turut hadir, Penolong Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Nazari Bujang dan Temenggung Piee Alwi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *